Saturday, October 1, 2011

Terma Dan Polisi

Setiap pelanggan Langit Biru Studios haruslah bersetuju untuk menerima terma dan polisi yang dinyatakan. Terma-terma ini menjelaskan perkara-perkara yang harus diambil berat agar sebarang masalah dapat dihindarkan sewaktu dan juga selepas sebarang tempahan dibuat.

1. Pelanggan harus memberikan informasi yang lengkap sebelum tempahan dibuat. Informasi haruslah diteliti terlebih dahulu sebelum dihantar kepada pihak Langit Biru Studios (LBS). Jika terdapat sebarang kesalahan pada produk yang dihasilkan kerana informasi yang diberikan oleh pelanggan adalah salah sewaktu di  peringkat awal, pihak LBS tidak akan bertanggungjawab.

2. Sebelum tempahan dibuat, LBS akan memberikan sebutharga kepada pelanggan. Sebutharga tersebut akan menjelaskan segala jenis caj dan pembayaran yang harus ditanggung oleh pelanggan. Tempahan akan diteruskan hanya selepas pelanggan bersetuju dengan harga yang dinyatakan.

3. Potongan harga untuk sebarang jenis produk hanya akan diberikan mengikut budi bicara LBS.

4. Bagi produk kad jemputan perkahwinan, pelanggan boleh memilih untuk mendapatkan rekaan kad khas (custom made design) sekiranya tidak mahu memilih rekaan yang telah disediakan. Setiap rekaan khas mempunyai caj harga yang berlainan bergantung kepada kriteria yang dimahukan oleh pelanggan. Pelanggan boleh meminta sebutharga terlebih dahulu sebelum melakukan tempahan.

5. Kos penghantaran untuk sebarang produk ke luar kawasan Lembah Klang tidak akan ditanggung oleh LBS (kecuali sekiranya dinyatakan di mana-mana bahagian katalog). Kos-kos penghantaran tersebut akan diberitahu lebih awal kepada pelanggan. Pelanggan berhak untuk memilih jenis penghantaran yang mereka mahukan sama ada pos biasa, poslaju, ataupun kurier. LBS juga menyediakan khidmat penghantaran ke rumah, ofis ataupun mana-mana lokasi di sekitar Lembah Klang tetapi ia bergantung pada budi bicara LBS dan juga kesesuaian waktu. Pelanggan boleh berbincang dengan pihak LBS terlebih dahulu sekiranya mahu memilih khidmat tersebut.

6. LBS sesntiasa memastikan kualiti produk yang dihasilkan adalah pada tahap terbaik. Pihak LBS tidak akan sesama sekali menghantar produk yang rosak kepada pelanggan. Akan tetapi, sekiranya pelanggan menerima produk yang rosak setelah produk tersebut melalui proses penghantaran melalui pos biasa, poslaju, atau kurier, pihak LBS tidak akan menanggung sebarang kerugian.

7. LBS mengamalkan konsep perninagaan online. Akan tetapi, pelanggan boleh memilih untuk berjumpa bagi melakukan perbincangan tempahan dengan membuat temujanji terlebih dahulu. Selepas itu, medium yang disyorkan untuk berurusan adalah melalui emel, ym, ataupun skype. Perbincangan melalui telefon boleh juga dilakukan tetapi dinasihatkan agar pelanggan menggunakan medium ini hanya untuk menyalurkan maklumat-maklumat yang betul-betul penting sahaja.

8. LBS beroperasi dari hari Isnin sehingga Jumaat bermula jam 9.30 pagi sehingga 6.30 petang. Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh dibuat sepanjang waktu tersebut. Pertanyaan menerusi emel akan diperiksa dari semasa ke semasa dan akan maklumbalas akan diberikan secepat mungkin.

9. Jangka waktu proses rekaan dan cetakan akan dimaklumkan kepada pelanggan. Pihak LBS meminta kerjasama dan jasa baik para pelanggan untuk memberikan ruang dan waktu untuk proses kerja dilaksanakan. Sekiranya terdapat pelanggan yang terlalu mendesak atau terlalu cerewet tanpa sebarang sebab yang kukuh, pihak LBS mempunyai hak untuk membatalkan urusan dengan memulangkan segala wang pendahuluan yang telah dibayar.

Terma dan polisi ini akan sentiasa dikemaskiini. Langit Biru Studios berhak untuk mengubah mana-mana terma dan polisi mengikut kesesuaian tanpa sebarang notis awal.