Terdapat pelbagai jenis kertas yang diguakan untuk mencetak pelbagai jenis produk. Berikut adalah penerangan yang lebih terperinci mengenai jenis kertas yang sesuai untuk keperluan cetakan anda.
Jenis Kertas
Art Card (157gsm/260gsm)
Art card adalah jenis kertas yang biasa digunakan untuk mencetak kad nama, kad ucapan dan kad jemputan perkahwinan. Mempunyai 2 model yang berbeza iaitu 157 gram per square metre (gsm) dan 260 gsm. Jenis 260 gsm adalah lebih popular dan sesuai untuk digunakan bagi mencetak sebarang jenis kad berbanding 157 gsm. Kertas art card adalah jenis kertas licin dan sedikit berkilat.
Ivory (230 gsm)
Kertas Ivory White 230 gsm adalah sedikit nipis berbanding 260 gsm art card. Kad jenis ini adalah tidak licin dan sedikit mahal berbanding Art Card.
Fine Linen/Fine Vein/Modern Embossed (230 gsm)
Kertas-kertas jenis ini mempunyai berat 230 gsm. Masing-masing mempunyai teksture yang berbeza dan nampak mahal. Dan memang benar, jenis kertas ini adalah lebih mahal berbanding Art Card dan Ivory kerana kualitinya.
Platinum White (250 gsm)
Jenis kertas ini adalah yang termahal berbanding yang lain. Ia mempunyai tekstur yang berkilauan seakan 'platinum'.
Terdapat juga kertas 80 gsm Simili, 105 gsm Simili dan pelbagai lagi untuk keperluan mencetak invois, poster, brochure dan sebagainya. Hubungi kami utuk keterangan lebih lanjut.
***
Jenis Kemasan (Finishing)
Beberapa jenis kemasan atau lebih popular sebagai finishing boleh dibuat ke atas kertas. Pilihan adalah seperti berikut:
Matte Finishing
Tidak berkilat dan warna cetakan akan menjadi 5% lebih gelap, tetapi ia tidak mengganggu kualiti. Kemasan ini klasik, dan membenarkan penggunaan ball pen biasa untuk menulis di atasnya.
Gloss Finishing
Memberikan rupa yang berkilat. Warna menjadi lebih terang tetapi pelanggan harus menggunakan pen jenis marker untuk menulis di atasnya.
Spot UV
Spot UV adalah jenis kemasan yang dibuat ke atas sesuatu corak atau perkataan yang dicetak di atas kad dan akan memberikannya tekstur yang berkilat dan licin, lebih menonjol daripada objek yang lain. Kemasan ini hanya boleh dibuat ke atas matte finished cards. Ia mempunyai iras sperti hot stamping.

