1. Kenapa harus memilih Langit Biru Studios?
Langit Biru Studios (LBS) menjanjikan khidmat yang terbaik untuk setiap pelanggan kami. Kami menitikberatkan kualiti perkhidmatan dan produk kami bagi menjamin kepuasan pelanggan. Kami juga sentiasa meningkatkan mutu kerja mengikut peredaran masa agar produk-produk yang dihasilkan seiring dengan kehendak pasaran.
2. Langit Biru Studios beroperasi di mana?
Kuala Lumpur. Buat masa ini LBS tidak mempunyai lokasi fizikal. Kami adalah “online based business” dimana setiap urusan yang dijalankan menerusi laman web dan emel kami.
3. Bolehkan pelanggan melihat contoh produk sebelum membuat tempahan?
Pelanggan boleh melihat contoh produk yang dipaparkan di laman web kami. Sekiranya ingin berjumpa, temujanji boleh dibuat terlebih dahulu. Hantarkan emel ke info@thelangitbiru.com. Pihak kami akan berhubung dengan pelanggan.
4. Berapa lamakah proses yang diambil untuk setiap tempahan itu dihasilkan?
Ia bergantung kepada jenis tempatan. Kami mempunyai rangkaian produk yang banyak, maka setiap produk itu mempunyai jangka waktu proses yang berbeza-beza. Secara umumnya, setiap tempahan cetakan (seperti kad kahwin, banner, bunting dan sbg) boleh disiapkan dalam masa 1-3 minggu bergantung kepada tahap kesukaran dan kuantitinya.
Bagi produk fotografi pula, ia mengambil masa lebih kurang 2-4 minggu, bergantung pada kuantiti fotobook dan gambar yang dipersetujui.
5. Bolehkah membuat tempahan selain daripada kuantiti yang dipaparkan?
Sekiranya pelanggan ingin kuantiti tempahan yang berlainan daripada apa yang dinyatakan, sebutharga harus diminta terlebih dahulu.
6. Rekaan peta untuk kad kahwin bagaimana?
Pelanggan harus membuat lakaran terlebih dahulu. Lakaran tersebut boleh dibuat dengan lukisan tangan mahupun komputer. Lakaran haruslah jelas, kerana pihak kami akan melukis balik peta tersebut dan meletakkannya di dalam kad. Lakaran peta bolehlah diemel atau diposkan kepada kami. Hubungi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut.
7. Bagaimana dengan kualiti kertas dan jenis kemasan?
Sila rujuk penerangan di laman ini Jenis Kertas dan Jenis Kemasan.
8. Adakah harga yang dipaparkan adalah kos bersih?
Harga-harga yang dipaparkan adalah harga yang sebenar. Ia adalah kos printing untuk setiap produk yang disenaraikan. Bagi produk kad kahwin dan kad nama, sekiranya pelanggan menginginkan design khas yang berlainan daripada template-template yang tersedia, caj tambahan akan dikenakan bergantung kepada jenis permintaan. Pelanggan boleh meminta untuk mendapatkan sebutharga terlebih dahulu.
9. Bagaimana pula dengan kos penghantaran?
Kos penghantaran akan ditanggung sepenuhnya oleh pelanggan. Kami akan menggunakan khidmat kurier seperti SkyNet dan Poslaju untuk menghantar tempahan ke serata Malaysia.
Bagi pelanggan sekitar Lembah Klang, sekiranya tidak mahu menambah kos penghantaran, bolehlah membuat temujanji dengan kami untuk berjumpa di sebarang lokasi (sekitar Lembah Klang) untuk penyerahan tempahan. Temujanji perlu dibuat terlebih awal (1-3 hari sebelum) bagi mengelakkan kesulitan. Proses ini dapat membatu mengurangkan kos pelanggan.
10. Adakah sebarang hidden charges?
Tidak. Segala caj yang perlu dibayar oleh pelanggan akan diberitahu sejelas-sejelasnya seperti yang dinyatakan di laman web, sebutharga atau invois.
11. Bagaimana kalau tempahan tersebut rosak setelah pelanggan menerimanya?
LBS amat menjaga mutu produk yang dihasilkan. Oleh yang demikian, amat mustahil untuk kami menghantar produk yang rosak. Akan tetapi, sekiranya produk-produk tersebut rosak SEWAKTU proses penghantaran oleh pihak pos/kurier, kami tidak akan bertanggungjawab terhadap kerosakan tersebut kerana proses penghantaran tersebut di luar kawalan kami.
12. Berapa lamakah tempoh masa penghantaran?
Tempoh penghantaran bergantung kepada pihak pos/kurier. Apabila tempahan siap, kami akan berhubung dengan pelanggan bagi memberitahu bahawa tempahan tersebut akan dihantar, dan akan memberikan “tracking number” untuk rujukan.
Wednesday, October 19, 2011
F.A.Q | Soalan Lazim
Sekiranya ada sebarang pertanyaan lain, sila emelkan ke info@thelangitbiru.com

